Tuesday, August 24, 2010

Nyanyuknya Nyamuk

Nyanyuk itu menakutkan! Lagi menakutkan dr nyamuk! Tapi nyanyuk tak membunuh macam sesetengah nyamuk yg tak sedar diri. Tetiba ngutuk nyamuk lak. NAMUN! Nyanyuk itu boleh lead ke arah keburukan yg menjurus ke arah ketensenan yg MUNGKIN membunuh.......

Jeng3..Pressure tak baca intro camtu?

Sejak dua tiga doploh pat menjak ni, aku rasa aku semakin nyanyuk. Ok, mungkin tak skronik tu, tapi pelupa tu ada la. Antara kisah-kisah dongeng nyanyuk aku terjadi pada suatu masa di suatu hari pada suatu minggu dalam suatu bulan di antara suatu tahun. Dey, cepat daaa~ Alamak! Tanda2 nyanyuk ialah suka melalut kah?

Ok, fine. Pernah sekali tu, aku baru balik kelas. Lepas dah buat aksi2 campak beg akibat kepenatan sepenat tumbuk sambal belacan secara manual, aku pun mula la mencari kunci locker. Nak bukak locker la kan. Takkan nak....Haip haip.. Jangan disambung. Cari punya cari punya cari dalam beg, tengok2 tak ada pon. Mana pergi? Heran.... Macam mana nak bukak locker ni? Segala mak nenek harta meradak semua dalam locker. Kalay tak boleh bukak, macam mana? Nak panggil technician dtg tlg rongakkan locker ke? Buat sendiri je la tak boleh? Nak guna apa? Hammer ke screwdriver? Ke nak katok guna lesung je? Macam la ada pon. Takkan nak pegi Mahalah ofis pegi buat announcement suruh satu penduduk Mahalah ni dtg tlg bukak pintu locker aku yg tkunci? Tapi kalau tak boleh jugak mcm mana? Locker ku syg ku nyawa ku.. Hwaaaaa...~~~~~~~~

STOP.

Apa kata, anda (aku la tu) cuba ingat balik dr moment anda masuk dr pintu bilik sampai ke saat anda gelabah kambeng tadi, apa yg dah jadi?

Mula-mula, aku balik kelas. Masuk pintu guna kunci. Bagi salam, masuk, tutup pintu. Baru tanggal kasut dalam bilik? Peh, westernization melanda. Masuk compartment aku, letak beg secara tidak sabar, duduk atas kerusi. Dan..........................

DAN, aku telah mengambil kunci locker dlm beg, bukak locker tersebut, letak kunci atas meja dan immediately pergi cari balik kunci dlm beg utk bukak locker...? Aku toleh. Iya, memang locker aku dah terbukak pon sebenarnya. Apa? Apa? Nak pitam dah. Tu dia. Loglaq tak loglaq aku ni. Ini semua salah otak aku yg lambat catch up memory. Wah, tiba dah salahkan otak sendiri. Otak siapa tu? 

Tak nak, tak nak. Tak nak jadi benda ni. Tak nak. T.T

Kan orang tua-tua kata, jangan makan semut. Nanti jadi pelupa. Tapi kalau makan kuih sarang semut?

Jadi, di mana nyamuk yg nyanyuk? Jangan kata tidak ingat. Jangan. Ha, lek lu. Lek lu. Igt lagi.Sebenarnya nyamuk itu sekadar merias ayat je. Terias tak? Haha. Ada beberapa lg peristiwa yg berlaku. Tapi kan.....(ok,dah mai dah sandiwara nak tacing), aku rasa, aku dah lupa apa yg pernah jadi. Hwaaaaaaaaaaaaaaa~~~~!    

Sunday, August 22, 2010

keterPELEOTan

Hari ini genap Ramadhan ke-12. Alhamdullillah~

Dalam bulan yang mulia lagi berpahala ni, masing-masing kena la behave sikit perangai. Bulan baik, hari baik, tak baik buat benda tak baik. Habis hari lain takpe ke? Toingggg~! Yela, kira kalau boleh kurangkan la amalan gossip, mengata, mentertawakan orang, membahankan manusia, mengutuk binatang dan sekian sekian. Tengah puasa kan. Tapi dah lepas buka puasa macam mana?

Haaa..Soalan bijak ye saudari Nur Fatin. Sebab dah bukak puasa ni la, mula tangan aku menggatal nk mengstory seekor kisah yang takkan aku lupa dari gigi ada 36 sampai 3.6. Betul ke gigi banyak tu? Aaahh~ Rajin pulak aku nak kira sekarang. Aku harap aku dapat baca balik kisah ni 20 tahun akan datang kalau bumi tak tuka lagi bahasa rumi jadi bahasa coding binary bit 0/1. Canggih kononnnya. Cesss~

Al-kisahhhhh...Tayyyiiiibbbbbb~

Pada suatu hari yang disinari pahanan utlra UV tahap beberapa darjah celcius yang dapat ditepis bedak compact Garnier SPF18 (ley caye kew? Oh nyampahnya bahasa W ni), aku pergi mencucuk duit kat ATM di Azman Hasim Complex. Oh, di UIA la harus. Aku pergi ditemani seorang sahabat wanita yang aku gelar Raju. Tau kan, kat depan complex tu sebelum nak pergi bridge, ada laluan konkrit yang direka khas untuk pejalan kaki. Yela, kira laluan tu untuk kita senang nak jalan la dr kena redah rumput. Nak dijadikan cerita, kami berdua di sinin ternampak sahabat2 kami di hujung sinun. Maka, wajibul ghunnah la buat sesi ohooooo hoiiiiii (panggil dengan riangnya). Tapi....

Sahabat aku si Raju ni sangat la terlebih excited. Mungkin bahang mentari dah buat otak dia extra panasss yang menyebabkan dia terminate kewarasan sendiri. Aku biarkan. Ada aku kisah? Ok, tang tu tak kisah lagi. Yang aku kisah kenapa beberapa saat kemudian aku rasa sayup-sayup pilu je mendengar suara dia yang tadi bukan main memanggil sahabat2 di ujung sinun dengan lantangnya. Lantang sungguh, dah rasa aku macam duduk dalam parlimen dah ha.. Aku toleh, dia sudah tiada.

Aik? Ahli-parlimen-wannabe itu hilang ke mana?

Ya, tepat. Memang tepat. Dia seperti nama yang dinyatakan di atas sudah jatuh melutut di bumi. Melutut dengan gayanya. Nasib, kalau tersembam tadi? Rupanya, dia terlampau hyper dan telah terkeluar dari laluan konkrit lalu menyebabkan ketidakseimbangan graviti. Sebenarnya, dia nak terpelot secoet je. Tapi sebab dia usaha nak berdiri dalam tengah2 nak terpelot tu, dia gagal dengan jayanya malah membawa ke arah keterpelotan yang lebih dasyat. 

Ha...Ha...Ha...Ha...Tersekat dah aku ketawa ni. Dah tahap telan cekodok tak kunyah dulu. Si Raju sangat la malu. Maunya tak. Depan tu dah la center of Uia. Student memang lalu lalang lenggang kangkung mak iloi sayang depan tu. Nak tambah lagi klimaks sinetron terpelot tadi, peristiwa itu berlaku betul2 depan President Enginius yang amat kenal sangat dengan si Raju. Raju? Raju? Ooooo Raju oiiii...Lari pulak dia.


                          

Dey Raju. Mere dosti yar. Apa nak segan? Minah ni terpelot satu donia tengok tau. Ada beliau kisah?

Moral of the story, pilih la jalan yang benar. Tu la orang selalu kata, jangan pilih jalan menyimpang. Dalam kes Raju, jangan pilih jalan berumput! Hahahahahaha. 

p/s : Raju yang dinyatakan adalah nama palsu. Tapi, siapa yang tahu tu tahu la. Pesanan untuk Raju,
  Haaa...Aaaa...Aaaaa,
Kabhi Kushi Kabhi Gham.

Saturday, August 21, 2010

Istimewanya Anakmu

Minggu ni giliran aku balik rumah! Yehaaa~
Semua orang pulun balik masa first week. Hari Jumaat last week, berkeredek budak-budak balik nak sambut puasa di rumah. Tapi tidak aku. Kenapa? Tak ingat pula. Haha~

Senang kata, bila dah second week ni, tetiba aku macam sorang-sorang je balik minggu tu. Macam sunyi sepi jalan yang aku redahi. Oh, biarkan. Akan ku jelajahi jalan tar ini. Akan ku tepis tempias air yang menyimbah di hujung jalan diredahi sang pembawa kereta yang bajet dia sekor bawa kereta di muka bumi ini. Akan ku redah onak duri rumput-rumput di tepian jalan. Biar sakit tercucuk semalu takkan ku malu. Namun, akan ku gagahi kerna rindunya diriku pada kampung halaman..................

Tetttttt!! Woi, nak pergi jalan ke bus stop je pun. Haruskah semua sandiwara ini?

Haha. Sebenarnya cerita aku bukan pasal nak balik rumah pun. Cerita dia, masa aku on the way nak ke KL Sentral naik LRT Putra,aku pun duduk la kan kat seat yang kosong. Harus la duduk di seat yang kosong. Takkan nak tetiba nak pergi kat seat yang full, cakap "Injak sikit, tak muat saya nak duduk ni.". Hoi, kau ingat kau nak duduk atas kerusi rotan ke boleh berhimpit ramai-ramai. Kang tak pasal orang yang duduk kat hujung seat tu tertempek muka kat cermin kiri kanan seat tu. Tak gitu?

Nak dijadikan cerita (berapa kali nak cerita tak start lagi ni), ada la satu family Cina duduk bertentangan aku. Ada mak, anak mak, anak mak yang tua lagi dari anak mak tadi dengan mak kepada mak. Anak mak tadi tu aku rasa anak istimewa. Tapi kan, comel sangat. Muka dia macam dah berusia sikit, tp sangat adorable. Bila ahli family dia usik-usik dia, dia gelak-gelak manja, tepuk-tepuk pipi dia sendiri, pastu pergi menyendeh kat mak dia. Bila mak dia usap rambut dia, dia senyum malu, tunduk-tunduk..

Alaaa..comel manjanya. Aku panggg satgi. Ok, gurau kasar.

Masa tu, aku boleh nampak betapa family dia sayang sia, layan kerenah dia. Bertuah dia. Walaupun dilahirkan mcam tu, tapi dia nampak bertuah and nampak well taken care of. Nak tacing aku tetiba. Aku nak sangat pergi lompat depan dia tiba-tiba nak ambil gambar.

"Auntie aaaa~ Mau bergambar bersama-sama anak auntie yang comel kiut miut tak macam auntie ni boleh haa?". Aku melompat di depan mak anak itu tanpa memberi salam (nak bagi salam buat apa pun).

"Oi mak hang duduk kt Bagan Serai. Haiiiyaaaa..manyak terkijut. Lu mau mampuih ka?" Halamak, pandai lak auntie ni speaking Utara.

adehhdehh..mokcik,jangan mokcik..jerawat muka baru nak baik ni..

Ok, conversation di atas hanya halusinasi bisu aku saja. Tenggg!

Tapi apa pun, aku doakan budak tersebut hidup dengan happy bersama keluarganya. Takkan aku lupa senyuman gembira dia tu. Sebab comel, macam aku. Siapa nak jawab?

Istimewanya Dirimu <3

Friday, August 20, 2010

Titik Permulaan.

 Hello~
...........
..................
Ok, tetiba speechless pulak. Aku baru nak membiasakan diri dalam hal ehwal blog memblog ni. Kenapa aku tiba-tiba rasa nak blogging? Mungkin kerana....

1. Aku dah tengok blog-blog orang menceritakan apa yang terjadi dalam hidup mereka (dan orang lain). And then, aku terfikir, seronoknya dapat mencatat segala yang berlaku dalam hidup kita ni. Atleast bila dah tua, aku boleh baca and ingat balik apa yang pernah jadi kat aku, cerita-cerita suka, duka, seronok, sengal, sedih, tacing, terpeleot dan berkenaan. Nak dijadikan cerita, sejak akhir-akhir ni aku dah jadi pelupa. Makkkk..takutnya menjadi nyanyuk di usia muda remaja (remaja ke?). So aku nak segala perkara penting yang terjadi sekarang akan menjadi tatapan aku di hari tua. Kalau aku tak jadi buta huruf la tiba-tiba.

 Eyh, boleh jadi buta huruf ke bila dah tua?

2. Kadang-kadang...(Ok, tipu. Sangat selalu), aku selalu ada monolog dalaman. Maknanya bila jadi apa-apa yang menarik di depan mata aku, aku mesti cakap alone-alone dalam hati. Bersembang sorang-sorang la. Dari aku bercakap dengan diri sendiri walaupun dalam hati tapi berpotensi tinggi aku tercakap kuat-kuat sorang-sorang macam orang berhalusinasi tinggi, baik aku cakap dengan blog. Tak faham? Ok, abaikan....

3.Ikut trend. Semua ada blog, aku pun nak ada jugak lahh..~ Boleh macam tu?


                                          
                                                  yipii~ dah ada blog. saya suka purple.anda?


Sebagai langkah permulaan aku, aku melantik diri aku menjadi blogger kepada blog sendiri. Cerita-cerita dalam blog ini semuanya akan berkisar tentang hal ehwal aku dan makhluk-makhluk sekeliling aku. Mungkin banyak cerita flashback akan ada, kalau boleh aku nak cuba ingat balik semua. Oh, I love my life. Tetiba lagi. Sekian, Selamat Berpuasa.